Tuesday, July 31, 2012

Politik


  1. Sistem Pemerintahan dan Pentadbiran
Corak  pemerintahan Tamadun Yunani selalu berubah iaitu daripada sistem monarki > oligarki > aristokrasi > diktator / tirani  > demokrasi.




MONARKI

  • merupakan sistem beraja yang bermula di Athens.
  • Raja dibantu/dinasihati oleh sekumpulan konsul iaitu golongan kaya dalam negara kota.
  • Raja merupakan ketua tentera,ketua hakim dan ketua agama.
  • Kesannya:Golongan konsul ini semakin hari semakin kuat sehingga kuasa raja telah merosot dan terhad.



OLIGARKI
  • Kuasa pemerintahan jatuh ke tangan golongan konsul iaitu apabila kuasa konsul lebih daripada kuasa raja.
  • Dalam jenis pemerintahan ini, jawatan raja akan dipilih oleh konsul tetapi bukan secara warisan.
  • Kejadian kemerosotan kuasa raja berlaku hampir di seluruh negara kota Yunani kecuali Sparta.
  • Kesannya: Golongan konsul yang berpengaruh ini menjadi semakin hara semakin berkuasa lagi kaya.



 ARISTOKRASI

  • Terdiri daripada golongan bangsawan yang lebih berpengaruh dan kaya iaitu sistem pentadbiran akan diketuai oleh aristokrat.
  • Kekayaan mereka di Athens telah membolehkan mereka berkuasa dalam pemerintahan .
  • Kesannya: muncul segolongan rakyat yang tidak puas hati terhadap jenis pemerintahan ini.



 DIKTATOR ( TIRANI )
  • Biasanya, diktator terdiri daripada golongan kaya atau tentera tetapi bukan daripada golongan aristokrat / konsul.
  • Jenis pemerintahan ini adalah berbentuk tirani iaitu jenis pemerintahan yang zalim dan memperlihatkan kekuasaan digunakan dengan sewenang-wenangnya.
  • Seseorang diktator ini akan berkuasa mutlak/mempunyai kuasa tidak terhad.
  • Rakyat biasa menyokong rampasan kuasa daripada golongan aristokrat menentang.


DEMOKRASI
  • Mula diamalkan di Athens dan mencapai tahap kegemilangan apabila di  bawah zaman pemerintahan Pericles.
  • Jenis pemerintahan ini,sesebuah kerajaan akan ditadbir oleh wakil yang dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya.
  • Namun, sistem demokrasi ini hanya diamalkan di Athens. Negara kota lain masih mengekalkan sistem beraja yang berkuasa mutlak.
  • Demokrasi di Athens terdiri daripada 2 bahagian , iaitu Dewan Perhimpunan dan Majlis.














Dewan Perhimpunan

  • Dewan ini terdiri daripada semua warganegara lelaki dewasa Athens.
  • Ahli dewan ini akan berkhidmat 6 bulan sehingga 1 tahun, berhak mengemukakan cadangan  tentang dasar kerajaan dan bertanggungjawab melantik  ahli majlis, majistret dan Juri. Mereka juga akan mempunyai kuasa penuh terhadap 3 badan ini.
  • Dewan ini akan bersidang sebanyak tiga kali dalam sebulan.

Majlis

  • Majlis ini bertanggungjawab mengendalikan segala keputusan dari Dewan Perhimpunan.

Pemerintahan Tentera

  • Mula diamalkan di Sparta kerana kerajaan ini mengutamakan sistem pertahanan.
  • Oleh itu, sistem latihan ketenteraan akan diberi kepada lelaki sejak 7 tahun.
  • Cara ini berjaya melahirkan pasukan tentera yang mempunyai semangat patriotik yang tinggi lagi handal.












Kesimpulan

  • Walaupun sistem demokrasi diwarisi hampir semua negara di dunia kini,tetapi masih terdapat beberapa bentuk.
Bercorak langsung
  • Demokrasi di Athens
  • Warganegara lelaki akan terlibat langsung dalam pentadbiran melalui undian. Oleh Itu, semua warganegara berpeluang menjadi ahli Dewan Perhimpunan.
Bercorak tidak langsung
  • Demokrasi di Malaysia merupakan demokrasi berparlimen.
  • Rakyat akan memilih wakil mereka melalui pilihan raya dan wakil ini akan menjadi Dewan Rakyat.



No comments:

Post a Comment