Tuesday, July 31, 2012

     3. Perluasan Kuasa

  • Apabila sesebuah kerajaan menjadi kuat dan stabil, seseorang raja akan berusaha meluaskan empayarnya melalui penaklukan dan pembukaan kawasan baru. Perluasan kuasa oleh sesebuah kerajaan dapat menyebarkan corak pemerintahan yang dibawa oleh penakluk dan juga kebudayaan penakluk.
  • Tamadun Yunani giat melakukan kegiatan peluasan sejak 800s.m.
  • Raja Phillip 2
  • Semasa pemerintahan Raja Phillip II -  Baginda berasal dari Macedonia
                                                                  -  Baginda berjaya menyatukan Macedonia dan Yunani.


Alexandra the Great

  • Semasa pemerintahan Alexandra the Great

- Anak raja Phillip II, seorang jeneral yang agung dalam sejarah dunia.
- Baginda berjaya menakluki empayar Parsi, Mesir,Turkistan dan 
   Samarkand.
- Akhirnya,semua kawasan Laut Mediterranean berada di bawah  
   kekuasaannya kerana berjaya mengetuai gabungan tentera Macedonia  
   danYunani menakluk empayar Parsi.
- Seterusnya,baginda juga menyebarkan kebudayaan Hellenistik.

  • Kebudayaan Hellenistik
         - Kebudayaan ini adalah campuran antara kebudayaan Yunani, Parsi dan kebudayaan
            timur yang lain.
         - Kebudayaan ini tersebar dari kota-kota utama empayar Yunani.
         - Contohnya, Antioch, Iskandariah dan Syracuse di Itali.
  •   Selepas kematian Alexander the Great dan kemunculan Rom telah menyebabkan keruntuhan Empayar Yunani.

No comments:

Post a Comment