- Sistem Pemerintahan dan Pentadbiran
Corak
pemerintahan Tamadun Yunani selalu
berubah iaitu daripada sistem monarki > oligarki > aristokrasi
> diktator / tirani > demokrasi.
MONARKI
- merupakan sistem beraja yang bermula di Athens.
- Raja dibantu/dinasihati oleh sekumpulan konsul iaitu golongan kaya dalam negara kota.
- Raja merupakan ketua tentera,ketua hakim dan ketua agama.
- Kesannya:Golongan konsul ini semakin hari semakin kuat sehingga kuasa raja telah merosot dan terhad.
OLIGARKI
ARISTOKRASI
- Kuasa pemerintahan jatuh ke tangan golongan konsul iaitu apabila kuasa konsul lebih daripada kuasa raja.
- Dalam jenis pemerintahan ini, jawatan raja akan dipilih oleh konsul tetapi bukan secara warisan.
- Kejadian kemerosotan kuasa raja berlaku hampir di seluruh negara kota Yunani kecuali Sparta.
- Kesannya: Golongan konsul yang berpengaruh ini menjadi semakin hara semakin berkuasa lagi kaya.
ARISTOKRASI
- Terdiri daripada golongan bangsawan yang lebih berpengaruh dan kaya iaitu sistem pentadbiran akan diketuai oleh aristokrat.
- Kekayaan mereka di Athens telah membolehkan mereka berkuasa dalam pemerintahan .
- Kesannya: muncul segolongan rakyat yang tidak puas hati terhadap jenis pemerintahan ini.
DIKTATOR ( TIRANI )
- Biasanya, diktator terdiri daripada golongan kaya atau tentera tetapi bukan daripada golongan aristokrat / konsul.
- Jenis pemerintahan ini adalah berbentuk tirani iaitu jenis pemerintahan yang zalim dan memperlihatkan kekuasaan digunakan dengan sewenang-wenangnya.
- Seseorang diktator ini akan berkuasa mutlak/mempunyai kuasa tidak terhad.
- Rakyat biasa menyokong rampasan kuasa daripada golongan aristokrat menentang.
DEMOKRASI
- Mula diamalkan di Athens dan mencapai tahap kegemilangan apabila di bawah zaman pemerintahan Pericles.
- Jenis pemerintahan ini,sesebuah kerajaan akan ditadbir oleh wakil yang dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya.
- Namun, sistem demokrasi ini hanya diamalkan di Athens. Negara kota lain masih mengekalkan sistem beraja yang berkuasa mutlak.
- Demokrasi di Athens terdiri daripada 2 bahagian , iaitu Dewan Perhimpunan dan Majlis.
Dewan Perhimpunan
- Dewan ini terdiri daripada semua warganegara lelaki dewasa Athens.
- Ahli dewan ini akan berkhidmat 6 bulan sehingga 1 tahun, berhak mengemukakan cadangan tentang dasar kerajaan dan bertanggungjawab melantik ahli majlis, majistret dan Juri. Mereka juga akan mempunyai kuasa penuh terhadap 3 badan ini.
- Dewan ini akan bersidang sebanyak tiga kali dalam sebulan.
Majlis
- Majlis ini bertanggungjawab mengendalikan segala keputusan dari Dewan Perhimpunan.
Pemerintahan Tentera
- Mula diamalkan di Sparta kerana kerajaan ini mengutamakan sistem pertahanan.
- Oleh itu, sistem latihan ketenteraan akan diberi kepada lelaki sejak 7 tahun.
- Cara ini berjaya melahirkan pasukan tentera yang mempunyai semangat patriotik yang tinggi lagi handal.
Kesimpulan
- Walaupun sistem demokrasi diwarisi hampir semua negara di dunia kini,tetapi masih terdapat beberapa bentuk.
- Demokrasi di Athens
- Warganegara lelaki akan terlibat langsung dalam pentadbiran melalui undian. Oleh Itu, semua warganegara berpeluang menjadi ahli Dewan Perhimpunan.
Bercorak
tidak langsung
- Demokrasi di Malaysia merupakan demokrasi berparlimen.
- Rakyat akan memilih wakil mereka melalui pilihan raya dan wakil ini akan menjadi Dewan Rakyat.
No comments:
Post a Comment