Falsafah
Ahli falsafah dalam Tamadun Yunani
- merupakan manusia yang menggunakan akal demi berfikir secara berterusan untuk mencari jawapan yang logik dan rasional terhadap persoalan yang berkaitan dengan kehidupan harian dan alam sekitar.
- selalu mengajar manusia untuk berfikir secara rasional dan selalu mengamalkan sikap ingin tahu
- selalu mengadakan persoalan tentang nilai individualisme,kehidupan manusia dan demokrasi.
- Antara tokoh-tokoh falsafah yang terkenal dalam tamadun ini ialah Herodotus,Plato,Socrates dan Aristotle.
1)Herodotus
- merupakan ahli falsafah dan ahli sejarah yang dikenali sebagai “Bapa Sejarah”.
- Karya terkenal “History of Persian Wars”.
2)Thucydides
- merupakan pengasas sejarah saintifik.
- karya terkenal “History of the Peloponnesian War”
- beliau menggunakan pendekatan penulisan sejarah berterasan penyelidikan.
3)Socrates
- dikenali sebagai “Bapa Falsafah Barat”
- beliau pakar membincang soal falsafah melalui kaedah soal jawab @selalu berusaha mencari unsur-unsur dalam kehidupan dan masyarakat bahagia.
- akhirnya,beliau dituduh merosakkan pemikiran masyarakat @dihukum mati(minum racun).
4)Plato
- merupakan pengikut Socrates
- menyambungkan idea-idea Socrates iaitu persoalan tentang manusia dan masyarakat.
- karya terkenal “Republic”.
- melalui karya ini falsafah Plato berpendapat bahawa sesebuah masyarakat/negara yang sempurna haruslah diperintah oleh ahli falsafah dan ilmuwan.
- beliau juga telah membina sebuah akademi falsafah di Athens@ bertahan selama 1000 tahun.
5)Aristotle
- merupakan seorang murid Plato dan guru kepada Alexander the Great.
- karya terkenal “Politics”.
- membincang cara berfikir yang teratur dan membaiki dunia.





No comments:
Post a Comment