Tuesday, July 31, 2012

Pengenalan


  • Tamadun manusia bersifat dinamik, terus berkembang dan berusaha mencapai kemajuan.
  • Tamadun manusia menjadi lebih kreativiti sehingga mencapai peningkatan untuk mengawal dan menggunakan alam sekitar bagi mencapai kehidupan yang lebih maju dan kompleks.
  • Peningkatan pemikiran manusia telah melahirkan idea-idea baru. Oleh itu, proses peningkatan tamadun dapat dicapaikan dari segi politik, sosial dan ekonomi.
  • Dalam bab ini, kita akan mempelajari latar belakang, aspek peningkatan dan sumbangan Tamadun Yunani, Rom, India dan China.

Tamadun Yunani

Latar Belakang


  • Tamadun ini berkembang di Semenanjung Greece yang dikelilingi oleh Laut Mediterranean dan Laut Aegean. 
  • Proses pembentukan Tamadun Yunani bermula dengan petempatan manusia  >  gabungan beberapa buah kampung dan bandar pada 1000-800s.m.  > akhirnya, berkembang maju menjadi sesebuah negara kota /sesebuah polis.
  • Contohnya, negara kota Athens, Sparta dan Corinth berhampiran Laut Mediterranean.

    Politik


    1. Sistem Pemerintahan dan Pentadbiran
    Corak  pemerintahan Tamadun Yunani selalu berubah iaitu daripada sistem monarki > oligarki > aristokrasi > diktator / tirani  > demokrasi.




    MONARKI

    • merupakan sistem beraja yang bermula di Athens.
    • Raja dibantu/dinasihati oleh sekumpulan konsul iaitu golongan kaya dalam negara kota.
    • Raja merupakan ketua tentera,ketua hakim dan ketua agama.
    • Kesannya:Golongan konsul ini semakin hari semakin kuat sehingga kuasa raja telah merosot dan terhad.



    OLIGARKI
    • Kuasa pemerintahan jatuh ke tangan golongan konsul iaitu apabila kuasa konsul lebih daripada kuasa raja.
    • Dalam jenis pemerintahan ini, jawatan raja akan dipilih oleh konsul tetapi bukan secara warisan.
    • Kejadian kemerosotan kuasa raja berlaku hampir di seluruh negara kota Yunani kecuali Sparta.
    • Kesannya: Golongan konsul yang berpengaruh ini menjadi semakin hara semakin berkuasa lagi kaya.



     ARISTOKRASI

    • Terdiri daripada golongan bangsawan yang lebih berpengaruh dan kaya iaitu sistem pentadbiran akan diketuai oleh aristokrat.
    • Kekayaan mereka di Athens telah membolehkan mereka berkuasa dalam pemerintahan .
    • Kesannya: muncul segolongan rakyat yang tidak puas hati terhadap jenis pemerintahan ini.



     DIKTATOR ( TIRANI )
    • Biasanya, diktator terdiri daripada golongan kaya atau tentera tetapi bukan daripada golongan aristokrat / konsul.
    • Jenis pemerintahan ini adalah berbentuk tirani iaitu jenis pemerintahan yang zalim dan memperlihatkan kekuasaan digunakan dengan sewenang-wenangnya.
    • Seseorang diktator ini akan berkuasa mutlak/mempunyai kuasa tidak terhad.
    • Rakyat biasa menyokong rampasan kuasa daripada golongan aristokrat menentang.


    DEMOKRASI
    • Mula diamalkan di Athens dan mencapai tahap kegemilangan apabila di  bawah zaman pemerintahan Pericles.
    • Jenis pemerintahan ini,sesebuah kerajaan akan ditadbir oleh wakil yang dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya.
    • Namun, sistem demokrasi ini hanya diamalkan di Athens. Negara kota lain masih mengekalkan sistem beraja yang berkuasa mutlak.
    • Demokrasi di Athens terdiri daripada 2 bahagian , iaitu Dewan Perhimpunan dan Majlis.














    Dewan Perhimpunan

    • Dewan ini terdiri daripada semua warganegara lelaki dewasa Athens.
    • Ahli dewan ini akan berkhidmat 6 bulan sehingga 1 tahun, berhak mengemukakan cadangan  tentang dasar kerajaan dan bertanggungjawab melantik  ahli majlis, majistret dan Juri. Mereka juga akan mempunyai kuasa penuh terhadap 3 badan ini.
    • Dewan ini akan bersidang sebanyak tiga kali dalam sebulan.

    Majlis

    • Majlis ini bertanggungjawab mengendalikan segala keputusan dari Dewan Perhimpunan.

    Pemerintahan Tentera

    • Mula diamalkan di Sparta kerana kerajaan ini mengutamakan sistem pertahanan.
    • Oleh itu, sistem latihan ketenteraan akan diberi kepada lelaki sejak 7 tahun.
    • Cara ini berjaya melahirkan pasukan tentera yang mempunyai semangat patriotik yang tinggi lagi handal.












    Kesimpulan

    • Walaupun sistem demokrasi diwarisi hampir semua negara di dunia kini,tetapi masih terdapat beberapa bentuk.
    Bercorak langsung
    • Demokrasi di Athens
    • Warganegara lelaki akan terlibat langsung dalam pentadbiran melalui undian. Oleh Itu, semua warganegara berpeluang menjadi ahli Dewan Perhimpunan.
    Bercorak tidak langsung
    • Demokrasi di Malaysia merupakan demokrasi berparlimen.
    • Rakyat akan memilih wakil mereka melalui pilihan raya dan wakil ini akan menjadi Dewan Rakyat.



         2. Sistem Perundangan

    • Sistem Perundangan Tamadun Yunani akan digubalkan oleh Dewan Perhimpunan.
    • Mengikut Pandangan PLATO 
               - kepentingan undang-undang ditekankan
               - sesebuah negara perlu diperintah oleh ahli falsafah kerana mereka
                 cekap, terbaik dan berupaya menggubal undang-undang.   
               - Contoh: bukunya Republic.                                             

         3. Perluasan Kuasa

    • Apabila sesebuah kerajaan menjadi kuat dan stabil, seseorang raja akan berusaha meluaskan empayarnya melalui penaklukan dan pembukaan kawasan baru. Perluasan kuasa oleh sesebuah kerajaan dapat menyebarkan corak pemerintahan yang dibawa oleh penakluk dan juga kebudayaan penakluk.
    • Tamadun Yunani giat melakukan kegiatan peluasan sejak 800s.m.
    • Raja Phillip 2
    • Semasa pemerintahan Raja Phillip II -  Baginda berasal dari Macedonia
                                                                      -  Baginda berjaya menyatukan Macedonia dan Yunani.


    Alexandra the Great

    • Semasa pemerintahan Alexandra the Great

    - Anak raja Phillip II, seorang jeneral yang agung dalam sejarah dunia.
    - Baginda berjaya menakluki empayar Parsi, Mesir,Turkistan dan 
       Samarkand.
    - Akhirnya,semua kawasan Laut Mediterranean berada di bawah  
       kekuasaannya kerana berjaya mengetuai gabungan tentera Macedonia  
       danYunani menakluk empayar Parsi.
    - Seterusnya,baginda juga menyebarkan kebudayaan Hellenistik.

    • Kebudayaan Hellenistik
             - Kebudayaan ini adalah campuran antara kebudayaan Yunani, Parsi dan kebudayaan
                timur yang lain.
             - Kebudayaan ini tersebar dari kota-kota utama empayar Yunani.
             - Contohnya, Antioch, Iskandariah dan Syracuse di Itali.
    •   Selepas kematian Alexander the Great dan kemunculan Rom telah menyebabkan keruntuhan Empayar Yunani.

    Ekonomi


    •  Kawasan bergunung- ganang telah menyebabkan Yunani tidak sesuai untuk kegiatan pertanian.
    •  Oleh itu akhirnya, hampir semua negara kota Yunani telah bertumpu perhatian kepada aktiviti    perdagangan kecuali Sparta.
    • Pada mulanya, kegiatan perdagangan hanya dijalankan di pesisir pantai yang berdekatan. Contohnya, Mesir, Syria dan Phoenecia.
    • Akhirnya, negara kota Athens dan Corinth menghadapi masalah kekurangan makanan. Oleh itu, bahan makanan perlu diimport. Contohnya,dari kawasan di Selatan dan di Laut Hitam.
    • Akhirnya,wujudnya kegiatan perdagangan antarabangsa dengan negara-negara lain. Athens juga berkembang menjadi pusat pengumpulan barang keperluan yang datang dari Timur.
    • Seterus, kegiatan  perdagangan dikenakan cukai > kenaikan harga barang > rakyat Yunani mula berpindah ke tempat lain. Contohnya, Alexandria pada zaman Graeco-Rom.


    Sosial

    Pendidikan

    Thucydides

    • Pendidikan merupakan asas kepada peningkatan tamadun dalam bidang ini kerana  pendidikan akan meningkatkan tahap intelek supaya membawa peningkatan bidang-bidang lain.
    • Banyak sekolah falsafah turut dibuka dan dikembang. Contohnya: negara kota Athens,Thebes,  Elea dan Miletus.
    • Sekolah-sekolah falsafah ini telah berjaya melahirkan sejarawan yang terkenal :Thucydides dan Herodotus.
                                                                 
                                                                                  Herodotus









    • merupakan pusat cendekiawan Yunani semasa pemerintahan Pericles.
    • pendidikan yang diberi di Athens adalah bertujuan melahirkan manusia yang seimbang pencapaiannya dari segi rohani dan jasmani. Orang Athens menganggapkan hanya manusia yang cemerlang dapat memenuhi tuntutan mental dan fizikal yang memberi sumbangan kepada kesejahteraan kehidupan manusia.
    • kesusasteraan
    • negara kota Athens mementingkan pendidikan, sukan, muzik, kesusasteraan, seni berpidato/pengucapan, membaca,menghafal dan menulis.

    sukan

    menghafal

    Sparta

           
    • Pendidikan yang diberikan di Sparta adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara tentera yang sempurna, gagah dan setia kepada negara kotanya. Orang Sparta lebih mementingkan latihan fizikal dan kemahiran menggunakan senjata.                                      

    2. Seni Bina

       
    •  Penghasilan monumen yang diabadikan merupakan pencapaian yang paling agung demi bangsa, agama, raja dan negara. Kewujudan sesebuah monumen kerana kepimpinan yang kuat dan berwibawa untuk menyatupadukan rakyat, meningkatkan jati diri mereka dan menyakini bahawa usaha mereka akan mencapai kejayaan.

    •  Selain daripada seni bina, seni ukur juga turut meningkat.


    Monumen Yang Terkenal


    1) Acropolis di Athens

    Acropolis

    • Merupakan pusat pentadbiran / ibu negeri di Athens
    • Dibina semasa zaman pemerintahan Pericles
    • Untuk tujuan pusat kegiatan dan keagamaan
    • Dalam acropolis terdapat teater, rumah berhala dan bangunan Parthenon


    Parthenon
                                                                              


    2) Parthenon @ di Athens
    • Merupakan rumah berhala untuk Dewi Athena
    • Dibina semasa pemerintahan Pericles
    • Untuk tujuan mengingati kejayaan membebaskan diri daripada kuasa Persia


    Sistem Sosial

    Athens

    • Masyarakat athens terdapat 3 bahagian iaitu warganegara @ berhak dalam politik,penduduk bukan warganegara dan golongan hamba @ kedua-dua ini tidak hak dalam politik.


    Sparta

    Golongan Helot
    • Masyarakat Sparta terdapat 3 kelas sosial iaitu
    • -kelas 1st :warganegara Sparta tulen
    • -kelas 2nd :golongan pekerja,artisan dan pedagang.
    • -kelas 3rd:Helot
    • @golongan Helot paling banyak, Bilangan yang besar ini selalu merupakan 1 ancaman kepada kelas pemerintah. Oleh itu,sistem ketenteraan diamalkan. @biasanya mereka akan menjalankan tanah.

    Sains dan Teknologi


    • Peningkatan bidang sains dan teknologi termasuklah bidang matematik, astronomi, dan perubatan dan teknologi membuat perahu dan kertas.
    • Peningkatan ini berlaku kerana ahli-ahli sains dan teknologi merujuk kepada pengetahuan daripada tamadun Mesir Purba dan Babylon/tamadun Mesopotamia.
    • Antara tokoh-tokoh ini ialah Thales dan Phthagoras
    • 1) Thales @ tokoh matematik Yunani, beliau berusaha megembangkan ilmu geometri Mesir Purba
    • 2) Phthagoras @ tokoh matematik Yunani, beliau memperkenalkan Teorem Pythagoras dan berusaha mengembangkan ilmu geometri Mesir Purba dan Babylon.

    Thales
    Phythagoras












    • Antara tokoh-tokoh sains dan teknologi yang lain termasuk Hippocrates, Archimedes dan Ptolemy.

    1)Hippocrates @tokoh sains

    • beliau dikenali sebagai “Bapa Perubatan” @ kerana terkenang dengan perubatan moden >”Sumpah Hippocrates”.
    • beliau juga pakar dalam bidang anatomi.

    2)Archimedes@ tokoh ahli matematik dan fizik

    • beliau memperkenalkan teorinya berhubung dengan isi padu air dan graviti.

    3)Ptolemy @tokoh astronomi

    • Ptolemy memperkenalkan sistem angka >herodianic dan ionic.

    Falsafah

    Ahli falsafah dalam Tamadun Yunani

    • merupakan manusia yang menggunakan akal demi berfikir secara berterusan untuk mencari jawapan yang logik dan rasional terhadap persoalan yang berkaitan dengan  kehidupan harian dan alam sekitar.
    • selalu mengajar manusia untuk berfikir secara rasional dan selalu mengamalkan sikap ingin tahu 
    • selalu mengadakan persoalan tentang nilai individualisme,kehidupan manusia dan demokrasi.
    •  Antara tokoh-tokoh falsafah yang terkenal dalam tamadun ini ialah Herodotus,Plato,Socrates dan Aristotle.


    1)Herodotus

    • merupakan ahli falsafah dan ahli sejarah yang dikenali sebagai “Bapa Sejarah”.
    • Karya terkenal “History of Persian Wars”.




    2)Thucydides

    • merupakan pengasas sejarah saintifik.
    • karya terkenal “History of the Peloponnesian War”
    • beliau menggunakan pendekatan penulisan sejarah berterasan penyelidikan.



    3)Socrates

    • dikenali sebagai “Bapa Falsafah Barat”
    • beliau pakar membincang soal falsafah melalui kaedah soal jawab @selalu berusaha mencari unsur-unsur dalam kehidupan dan masyarakat bahagia.
    • akhirnya,beliau dituduh merosakkan pemikiran masyarakat @dihukum mati(minum racun).



    4)Plato

    • merupakan pengikut Socrates
    • menyambungkan idea-idea Socrates iaitu persoalan tentang manusia dan masyarakat.
    • karya terkenal “Republic”.
    • melalui karya ini falsafah Plato berpendapat bahawa sesebuah masyarakat/negara yang sempurna haruslah diperintah oleh ahli falsafah dan ilmuwan.
    • beliau juga telah membina sebuah akademi falsafah di Athens@ bertahan selama 1000  tahun.


    5)Aristotle

    • merupakan seorang murid Plato dan guru kepada Alexander the Great.
    • karya terkenal “Politics”.
    • membincang cara berfikir yang teratur dan membaiki dunia.

    Bahasa dan Kesusasteraan

    • Bahasa Yunani telah digunakan meluas dalam wilayah Yunani dan kawasan takluk Alexander the Great.
    • Antara tokoh-tokoh sastera Yunani ialah Homer dan Hesiod.

    1) Homer

    • terkenal dengan 2 buah epik >Iliad dan Odyssey.




    2) Hesiod

    Theology
    Works and Days
    • seorang penyair yang terkenal dengan 2 buah puisi >Theology dan Works and Days @Theology ialah ilmu tentang asal usul manusia dan ketuhanan.


    Tulisan Yunani


    • Tulisan yunani dipercayai disebar daripada tulisan orang Phoenecia pada 800S.M.
    • orang Yunani telah menambahkan huruf vokal kepada tulisan ini.